Feed on
Posts
comments

My New Blog

Assalamualaikum

 

this is my new blog. yazid blogspot

i might wont write any post to this friendster blog

 

hoping to see u all read it in my new blog (-_-)v

TQ for reading and sharing.

wassalam

Rumah Sewa

Assalamualaikum semua,

ish2, betapa marah and begangnya aku hari ni bila tengok umah sewa

sewa, bole dikatakan murahla kat area BM ni, RM320

so, ok la

first, mmg nak jumpa area pkl8.30, fine, tapi masalahnya, da sampai, takda lak nak gtau, begong pun ada tuan umah ni

so, kitaorang pun masuk la tengok umah tu, ya allah, aku tak fahamla, bukan ni, ni no offence ek, orang ni melayu ni, kekadang cam takda perasaan

korang nak tau, kitaorang masuk tengok, geli!dengan dinding hitam!wah, siap kat syiling da lumut!

bukan tu je, ntah, silap2 haribulan, cat pun tak pernah semenjak dia beli umah tu…aku pun, pa g, ni bukan nak riak ni, tapi disebabkan aku kerja kat bahagian retail, so everytime i want to invest my money, i had put my expectation…that house, is not a house if he wants to consider at the rate of RM320 for the rental, for me, he could just give like around RM200, then we may, or might do the painting, so, aku pa g, argh, demand r

encik, klu encik nak kac dengan rate sewa camne, tapi dengan condition yang teruk…n, dia asyik salahkan penyewa yang sebelumnya…ok, that’z not my problem, ok? that between u and them…we, asking want to rent our house

so, i make a decision, so sir, u want us rent our house? i ask for rate RM300, he dont want to give, instead, he wants to increase the rate to RM350, f**k him! idoit punya penyewa umah

i come as a customer to rent the house, he like want to bargain for many reason that cant satisfied my expectaion…i said, so u want me for rent RM320, so u need to make sure all the geli2 thing i dont want to see, plus, all the plug need to function…yela, need a perfect plug, ni plug pun tercabut2, e yek, nak suh kena electric shock?..then, if u want to rent, make sure u paint the house first, so we will see and will rent, tul la kan?

who want a package of stuff although the stuff might been used from the before owner kan, expensive but nothing? like eBay, if we want to buy something, we know that something is already been used, but for the rate of price, the price must reasonable, not just for the sake of frofit, u want to ignore how the customer feels?

so frustrated as the owner just left, saying thank you…he just cant said any if he wants to do any improvement for the house, and the easy conclusion, he dont want us to rent that house….argh, stupid, ignorent house owner…customer come search for him, phone him, asking to rent, he just come and cant give any strong and confident for us if he could do or not…a2, yeyee, tengokla, pakcik, pakcik pun tak tau la, skrg busy…ceh, camla busy sangat, bukannya orang kaya malaysia pun…huh!

so, he just lost a customer…ingat kawan2, mulut merupakan satu senjata yang sangat berkesan..contoh: sapa2 mungkin nak sewa umh dia, em, kebetulan kawan aku dok berjiran dengan umah dia, mesti dia akan recomend, ala, tak perlu la sewa, tuan rumah teruk sangat, dulu kawan saya nak sewa, minta dia renovate, bongkak, taknak, jual mahal la konon, padahal, sewan rumah sama je dengan aku punya

em, k la kawan2, rasa takat tu je kot….maaf pasal bahasa2 yang tak brape best tu…no offence ek?

 

*p/s: CUSTOMER ALWAYS RIGHT…customer datang, complaint, bukan saja2, sbb itu, moto ni, mmg betul..dulu aku ingat pun tak betul, tapi itu sifat kita, bila kita nak laburkan duit, kita akan fikir….balance tak duit yang aku byr dengan pa aku dapat…pastikan hak korang dapat (yang penting, JUSCO sangat particular dengan complaint and every complaint from customer, customer care manager need to answer to HQ, why did the customer complaint, counter measure (solution in meeting) ?) - salah satu sbb kekadang mmg aku suka shopping di jusco, us as customer had the attention…kekadang bayar mahal, berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan

Mr Rabbit Exercies

1st: Warming upsam fu kap~~~~~~~~~ kap hei~~~~~~`
fu hei~~~~
ok. now can FONG PEI~~~
(must read in cantonese)

2ND: Stretchingpom cak cak pom cak cak…

3rd : the upper body exercise

4rd: lower body exercise (moving to left and back)

5th: lower body exercise (moving to right and back)

6th: Head exercise (make sure to do the 2nd part, it works!)

LV1:
LV2:
i got TIE TAO GONG!!!
ai…cah~~~~~~~~

7th: whole body exercise

LV1

LV2

LV3i wana buang all SUI HEI…

8th: Jumping exercise: The Pose is the key! but remember to jump!

9th: relax

LV1

LV2

LV3 over: Well done!money money come…
money money come…..

must follow all the step ya…

My Lucky Charm?

Assalamualaikum semua….

may have a nice day, everyday to my fellow friends

it’s been a very long time i havent just writing a blog, so, the crazy of blog, comes alife again! why? huar2, today i got my celcom broadband….so far, OK as now i am at BM(bukit mertajam, pulau pinang). i dont know hows the quality if it’s take place in perlis (hoping the signal is good…if not, can i sue celcom?)

so, my friend organise a reunion, walamak, it’s good, but not enough quantity of people, our class, kelas j from mrsm bp, aduh, so sad la, my friend….from, alo, forgot the bilangan my class,…takpe, just arond 15peole(busuk2 la), just want to join the reunion….for me, OK la, rather than no one participate

but eh, jangan marah lo, long time ago, Mat, our class member also, want to organise this reunion, at last, huh, jadi kerak reunion ni, tak jadi lo….

the reason why (cewah, my assumption tu!)

1-aduh mak, malasnya aku nak join, kena kuar duit beb!

2-aduh, camne ni, nak buat area KL, gua nak tido mana

3-alahai, nak kena minta cuti kerja? burn cuti ni, baik lepak dengan awek!

4-ish, susahla, banyak sangat komitmen

5-memandai je aku fikir pasal pa yang kawan aku fikir

takdala, just for laughing ok? no big heart ek?

jangan lo, nanti tak cantik n hensem kang….hehhehee

takpela, for those who cant participate, i just want to begging (fuhlamak, touching tu!), just reconsider and please, if u all have time, just participate

it’s for all of us, we want to meet u all

it’s very long time not see u all, so, ala, 5minute re-think about it pun ok la, then said, em, i want to go….ada OK?

 

bye2

wassalam

Jobless

Assalamualaikum

lama sudahnya aku tidak bercerita di dalam blog aku ini, mungkin sudah berhabuk gamaknya, ntahla, berapa orang yang baca pun aku tidak tahula, tapi klu ada pembacanya, mestila aku suka….hehehehehee

sekarang, pkl12tghmlm, aku tengah melayari internet di Nashmir…sejam RM1, k la, g pun esok(jumaat), aku cuti, sehari je….jadi, aku mengambil kesempatan untuk mencari kerja kosong…saja mencari, bukan tak suka kerja sekarang, tapi nak kerja lain lak (ala, klu le offer gaji mahal ckit, k la)…tapi interest aku, aku nak pulang dok perlis, lagi cepat aku dapat kerja kat perlis, lagi bagus, sbb ayah aku akan pencen tidak lama lagi, mungkin dalam 2-3 tahun lagi jele…jadi aku sebagai anak sulung, kenala jaga mak ayah aku….baru2 ni, adik aku tepon ayh aku patah tangan, nasib bukan patah tangan, alahai…risaunya aku

adik aku yang ketiga, tengah keje, da jadi tetap, kat pizza, area perlis, yang adik pompuan aku kedua, tengah nak habis semester terakhir kat UPM, adik aku yang terakhir, tengah nak masuk ambil SPM.

skrg, bila aku berada dalam jusco, aku sangat2 bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan untuk melanjutkan lagi hidupku ini, at least, kerana bila aku tengok berita, ya allah, aku tak tau nak komen camne bila tengok ramai orang yang telah dibuang kerja begitu sahaja, cuba bayangkan camne diaorang nak bayar rumahla, makan minum anak2 la, bini la, cam2la, tu tak termasuk hutang kredit card, wah, mesti banyak juga nilainya…BMW yang aku tengok kaya raya pun buang orang camtu je, tapi nak salahkan diaorang pun tak le jugala kan, production kurang berbanding pekerja, camne nak bayar pekerja, JUSCO SPC, weekend je, sale mmg double, customer cam kaya raya je, kaya dengan kredit card, bagus jugala, sbb skrg pun jusco mempunyai krisis jugala, diaorang mengurangkan budget semungkin yang boleh, sampaikan sapa resign pun takkan di tambah lagi, tidak dapat menampung gaji

ura2 juga mengatakan yang bonus pun cam kurang, kurang at least OK dari tidak dapat langsung, ntahla, yang tu management dari pihak HQ, diaorang pun pening juga nak mencari penyelesaian tu, kitaorang bahagian store, pening kepala nak cari sales, nak minta customer membeli, customer wajib membeli sbb diaorang manusia yang mempunyai need untuk teruskan hidup, makan and minum, tu yang penting….kitaorang punya tugas, kena pastikan jusco merupakan tempat membeli belah yang sangat friendly, secara item display or customer service, baru customer suka datang membeli, klu tak, mesti diaorang lari punya, taknak membeli di jusco…

jusco ni nampak je cam mahal, tapi tak…survey yang kitaorang selalu lakukan terhadap competitor menunjukkan jusco hanya mahal sesetengah benda, tetapi competitor, huh, jauh lagi mahal, betul wa cakap lu, tak caya, u all buatla perbandingan sendiri

g pun, u all shopping kat jusco, guna j-card, le kumpul point lagi…cukup point le redeem…sampai best, siap dapat voucher besday lagi tau…hebat, selain itu, sebenarnya j-card bukan just le guna kat jusco je, kat tempat lain pun le, le tgk kat majalah j-card…k le tu

honestly, mmg aku suka shopping kat jusco, kerja habis, window shopping le, aim barang nak beli, bila da dapat, pe lagi, kumpul duit nak beli la…siap sorok lagi tunggu sales baru beli (huar2, buruk perangai…biasala)

takpe, kepada yang mana mungkin menghapi masalah kena buang kerja ke pe, jangan putus asa, tuhan tu maha pemurah rezeki, rezeki kat ne le jumpa, orang tak menghargai bakat kita, kita cungkil sendiri….bukan senang nak berjaya, tapi sangat2 senang untuk memusnahkan diri (-_-)v

bye2, jumpa lagi…

wassalam

Makna bacaan dalam solat ..

Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari…………… untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .
 
 
Allah Maha Besar  

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
“wahai tuhan ku,aku  tak layak utk kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup
keNerakamu….kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu .”ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia”

Anda Ingin Bercinta?

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang ‘bahagia’). Terkadang ia bercinta supaya ‘pointer’ selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

  • Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
  • Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
  • Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
  • Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
  • Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. ‘Pijak semut tidak mati’. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin ‘menipu diri sendiri’ sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai ‘berkelap kelip’ - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada ‘putus cinta’. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang ‘cantik’, ‘molek’ akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

  • Kerana ALLah?
  • Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan ‘KECANTIKAN’ ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
  • Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
  • Kerana empunya diri itu sendiri?
  • Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

  • Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

  • Seminggu?
  • Sebulan?
  • Tiga, empat tahun?
  • Sehingga habis belajar?
  • Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

  • Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
  • Masa yang anda korbankan untuk sidia
  • Hati dan perasaan

Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

Sama Je

Assalamualaikum

em, skrg aku da kat cc, nak upload segala mak nenek gambo g pangkor haritu, saja malasnya nak dok kat umah, semua masuk keje pagi, aku je sorang masuk keje pkl3 ptg, pulang pkl12 tengah malam nnt

disebabkan bosan lepakla kat cc, tekan sana, tekan cn tanpa hala tuju yang tetap, nak download pun bagang punya tenet kat cini, lembab, broswer laju lak…alahai, k la tu…huar2

recently, em, nk tulis malas, tapi nak tulis, le tak?

recently, disebabkan cuti panjang sangat, banyak keje yang tergendala dua minggu, minggu ni baru aku siapkan, huar2, punyala malas juga nak siapkan, cam nak cuti 3bulan, ala2 cuti waktu cuti semester haritu r….

em….kawan2, ramai juga rakan2 aku yang da mula bertunang, siap da yang berkawin, wah, syoknya kan? kawin lambat2 rugi, jadi kawin awal2

napela aku ni takda budget untuk tenet broadband, aku dala gian juga nak bermain internet, klu tiap hari mengadap tenet pun best juga…..kuih2

nak tenet broadband, nak kena guna laptop, le merata tempat aku le main internet…zaman skrg ni, portable tu penting, klu le nak bawa je ke mana2 laptop n internet…cuma malaysia ni je bab portable tu lembab cikit, gadget da support, sayangnya benda yang nak kac gadget tu berfungi lak yang takde

GPS pn cam siput babi bergerak je kat msia ni, aku suka juga GPS ni, senang, cuma batas wifi yang menyukarkan, klu wifi ni malaysian wide, wah, best tu, tapi yang pasti, mesti nak implant dia lambat kan, tapi klu da implant, mesti ramai user yang akan subscribe kan? le juga dapat untung, klu ramai guna, high demand, le kot jadi murah kan?

cam harga sim card sekarang dengan mungkin 10tahun lum dulu tu kan? mahal tak agak2, skrg, em, beli buang pun takpe, mungkin disebabkan teknologi untuk support yang tu juga kan? ntahla, klu la malaysia le invest untuk cepatkan benda tu kan best….kat ne pun le online

em, malas da nak tulis, nak buat benda lain la lak

bye2

wassalam

It’s time

Assalamualaikum

salam sejahtera kepada semua rakan2 yang mengenali aku ni

korang semua sihat ka?

rindu aku pada internet, aku harap tahun depan aku mempunyai budget untuk membeli seketul laptop dan juga celcom broadband, senang aku nak ke mana2, aku le melayari internet

memandangkan, bila lama aku bekerja….heheheheh, baru tak sampai 2tahun pun, tapi yang penting adalah kita ni cam le merelakan diri sebagai seorang yang mobile, di mana di campak, di citu kita leh hidup….wah, betul

mungkin bernasib baik kot aku ni baru berumur 23tahun…huk2, aku rindu la nak kembali ke alam kampus, nak sambung la, tapi, nak tau, tahun depan aku cam merancang nak bertunang, at least….klu le kawin, wah, bagusla…nape?

sbb taknak tunggu tua baru nak kawin, klu kawin tua, anak nak membesar…ish2, da tua baru anak aku nak le kawin, jenuh la aku, habis kuderat aku nak keje, aku ni pun, bab keje kekadang berkira, tapi aku bekerja kuat tau, tanya admin manager aku, yang Queensbay punya la, yang Seberang Prai City? em, le jugala nak tanya, tapi dia tak best cikit, tapi k la, disebabkan kehadiran dia, wah, bagus2, le aku mengatasi masalah menghadapi seorang bos yang ntah pape la, tapi sebenarnya betul, cara dia je yang tak best….dia, em, single lagi, lum kawin, orang perak, duit banyak, admin manager jusco, k le tu kepada sesiapa yang berminat (mampos aku klu dia tau aku tulis pasal ni)…

banyak benda aku ingin berkongsi pasal dia, yang baik, yang tidak baik…em, yang tidak baik, takpe, tidak perlu, cian dia kang dok kutuk dia…aku lak yang kena dosa….huar2, tak le2 ni, aku pun kena cari pahala jugala, takkan nak penuhkan diri dengan dosa je

k la, bye2 kepada semua rakan2 aku ni

kepada yang nak kawin ke, nak bertunang ke, gitau la ek?

mmg la kot aku tak le menghadiri korang punya majlis, tapi at least korang da berpunya kan?

dapat anak, tampal gambo anak lak kan?

k, all the best and may god bless u all ek? muah!muah!muah!

p/s: rindu tul nak tulis blog, da kesampaian, jusco takde access internet..huk2

wassalam

Very Long

Assalamualaikmum

cak?
salam sejahtera kepada semua rakan2 seperjuanganku

walamak, sudah berkurun lamanya kan aku tidak menulis di dalam blog aku ini, huar2, sukanya aku bila mendapat peluang…cewah
cite terbaru aku sekarang, aku masih berada di jusco…mende le aku buat kat situ ek?
em, tengah menyemakkan kepala otak aku setelah studi, ish, aku nak masuk jadi student balik la, nak masuk kuliah, tido lama2, bangun lewat, fuh, nikmat yang sangat sukar untuk dikecapi, dan yang paling best, bersama2 dengan rakan2 semua
korang pe khabar ek?
sudah mengumpul harta?
member aku da siap yang beli LCD tv la, sistem hifi rumah la…hebat, bukan tak main….yang aku, teringin nak keje yang da cuti weekend (cam kat tempat keje aku skrg takda-tak bersyukur langsung)…takdala, biasala, kekadang keinginan mengatasi batasan untuk memerlukannya…tul tak?
aku sihat skrg,cam biasa, sepertimana dalam gambo, tidak gemuk, dan tidak juga kurusnya, masih maintain dengan berat badan 55kg (ceh, bila aku nak naik berat badan ni)
banyak ni aku nak bercerita, kete aku pun, huar2, sayangnya aku tidak sayangkan kete aku, aku masih biarkannya kotor, kuang2, le tak? malas gile aku nak mencucinya, tak aku g la service, cian lak, berbakti kepada aku, tapi tidak memberi layanan yang sebetulnya…yang menariknya, aku telah mencalarkan kete aku kat mende ek orang panggil yang depan tu, bumper…banyak gile parah, huar2, teruk kesan calarnya sbb aku asyik seret dengan tepi jalan je….huhuhu
da banyak kali juga aku pulang kampung dengan kete aku tu, da banyak kali jugala aku bawa kete aku pulang penang dalam keadaan mengantuk tahap cipan gile r, paling cipan sekali baru2 pulang dari ambil adik aku kat upm, walamak, siap tutup mata banyak kali kat dalam perjalanan walaupun telah berhenti rehat gurun, nasib baik nothing happen, ntahla, aku ni begong tul r
habis cite pasal tu, 5hb ni aku pulang umah, aku nak bercuti selama 5 hari, keje pun bosan juga klu tak cuti, huar2….keje pun bukan best sangat pun, jadi kena buka syarikat sendiri r nnt, kuang2, baru best cikit….tul tak?

k r, malas nak bercerita
cukup da kot, kang lama2 skali aku bercerita…azam terbaru, nak memiliki sebuah laptop….heheheheee

bye2
aku doakan kejayaan semua rakan2…amin
wassalam

Older Posts »